Kategori Soalan Lazim CKT Motor

Soalan Lazim Dokumen Pinjaman

Soalan Lazim Dokumen Pinjaman CKT Motor menghimpunkan jawapan terus kepada soalan yang paling kerap ditanya tentang dokumen pinjaman.

Soalan lazim dalam kategori Dokumen Pinjaman

Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan pinjaman jika saya seorang peniaga? +

Bagi pemohon yang menjalankan perniagaan, dokumen yang diperlukan adalah salinan pendaftaran SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) sebanyak 3 keping, berserta penyata bank terkini untuk tempoh 3 atau 6 bulan

Adakah slip gaji lama boleh diterima untuk permohonan pinjaman? +

Tidak, pihak pinjaman memerlukan slip gaji terkini. Anda boleh mendapatkan slip gaji terkini daripada syarikat anda.

Adakah penyata bank diperlukan untuk permohonan pinjaman? +

Penyata bank adalah digalakkan untuk disertakan bagi mengukuhkan permohonan pinjaman anda dan meningkatkan keyakinan pihak pemberi pinjaman. Walau bagaimanapun, sekiranya anda tidak mempunyai penyata bank, kami akan cuba menghantar permohonan anda menggunakan slip gaji sahaja.

Apakah dokumen yang diperlukan untuk permohonan ansuran? +

Untuk permohonan ansuran bagi pemohon yang bekerja, dokumen yang diperlukan adalah salinan kad pengenalan (depan dan belakang) serta slip gaji terkini untuk satu bulan.

Lesen motor diperlukan untuk memohon pinjaman? +

Tidak, lesen motor tidak diperlukan untuk memohon pinjaman. Pihak pemberi pinjaman biasanya menilai faktor-faktor lain seperti pendapatan, sejarah kredit, dan kemampuan pembayaran anda. Keperluan utama adalah untuk memastikan anda mempunyai sumber pendapatan yang stabil dan memenuhi kriteria kelayakan lain yang ditetapkan oleh institusi kewangan.

Bolehkah pelanggan memohon pinjaman motor jika tiada lesen memandu? +

Untuk permohonan pinjaman motosikal, lesen memandu tidak diperlukan.

Pelanggan berniaga sendiri, tiada SSM dan tiada slip gaji. Apakah dokumen yang diperlukan untuk permohonan pinjaman? +

Untuk tujuan pemprosesan pinjaman, dokumen-dokumen adalah diperlukan. Jika anda bekerja, slip gaji atau baucar diperlukan. Bagi pelanggan yang berniaga, pendaftaran SSM dan penyata bank adalah antara dokumen yang kami perlukan.

Gaji masuk 2 kali sebulan. Adakah kena hantar kedua-dua payslip untuk loan application. +

Untuk permohonan pinjaman, anda perlu menyerahkan slip gaji lengkap untuk tempoh satu bulan. Sekiranya anda menerima dua slip gaji dalam sebulan, kedua-dua slip gaji tersebut perlu disertakan.

Teroka kategori lain untuk jawapan yang berkait dengan urusan pembelian, pinjaman, dan servis CKT Motor.

Semua kategori
Mira, ejen khidmat pelanggan CKT Motor Mira Online Perlukan bantuan pilih motor atau semak kelayakan loan? Chat dengan kami sekarang. Chat dengan Mira di WhatsApp untuk bantuan memilih motor atau loan