Kategori Soalan Lazim CKT Motor

Soalan Lazim Insurans & Cukai Jalan

Soalan Lazim Insurans & Cukai Jalan CKT Motor menghimpunkan jawapan terus kepada soalan yang paling kerap ditanya tentang insurans & cukai jalan.

Soalan lazim dalam kategori Insurans & Cukai Jalan

Apa itu Insurans third party? +

Insurance Third Party atau Insurans Pihak Ketiga ialah perlindungan insurans paling asas dan minimum yang diwajibkan oleh undang-undang di Malaysia untuk memperbaharui cukai jalan (road tax).

Insurans ini tidak melindungi motosikal anda sendiri, tetapi hanya melindungi kerugian atau kecederaan yang dialami oleh pihak lain sekiranya anda didapati bersalah dalam sesuatu kemalangan.

Apa yang dilindungi? 1) Kerosakan kenderaan pihak ketiga Contohnya, jika anda terlanggar sebuah kereta, kos membaiki kereta tersebut boleh ditanggung oleh syarikat insurans.

Apa yang tidak dilindungi? 1) Kos membaiki motosikal anda sendiri. 2) Kecederaan atau kos perubatan anda sebagai penunggang. 3) Kehilangan motosikal akibat kecurian atau kebakaran.

Untuk harga On The Road (OTR), insurans yang termasuk adalah first party atau third party? +

Ya, insurans yang termasuk dalam harga OTR adalah jenis first party.

Apa itu insurans 1st party? +

Insurance 1st Party atau lebih dikenali sebagai Insurans Komprehensif (Comprehensive Insurance) ialah pelan insurans yang memberikan perlindungan paling menyeluruh kepada pemilik motosikal.

Berbeza dengan Third Party Insurance, insurans ini bukan sahaja melindungi pihak ketiga, malah turut melindungi motosikal anda sendiri.

Apa yang dilindungi? 1) Kerosakan motosikal anda sendiri Jika motosikal rosak akibat kemalangan, kos pembaikan boleh ditanggung mengikut terma dan syarat polisi.

2) Kecurian motosikal Jika motosikal dicuri dan tidak dapat ditemui, anda boleh membuat tuntutan berdasarkan nilai yang dilindungi.

3) Liabiliti kepada pihak ketiga Melindungi kerosakan harta benda, kecederaan atau kematian pihak ketiga jika anda didapati bersalah dalam kemalangan.

Apa yang tidak dilindungi? 1) Kerosakan akibat pengubahsuaian (modifikasi) yang tidak diisytiharkan kepada syarikat insurans. 2) Kemalangan ketika berlumba atau aktiviti yang melanggar syarat polisi. 3) Kerosakan akibat kecuaian atau penggunaan yang tidak mengikut terma polisi.

Apa dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan insurans motosikal ? +

Dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan insurans motosikal bergantung pada jenis tuntutan (kemalangan, kecurian atau kebakaran). Namun, secara amnya anda perlu menyediakan dokumen berikut:

Dokumen Asas 1) Salinan Kad Pengenalan (MyKad) pemilik motosikal 2) Salinan Lesen Memandu penunggang 3) Salinan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC/geran) 4) Salinan Polisi atau Nota Perlindungan Insurans 5) Laporan Polis (wajib jika melibatkan kemalangan, kecurian atau kebakaran) 6) Gambar kerosakan motosikal dan lokasi kejadian (jika ada)

Keperluan dokumen mungkin berbeza mengikut syarikat insurans dan jenis polisi yang diambil. Jika anda tidak pasti, hubungi kami untuk mendapatkan senarai dokumen yang tepat.

Teroka kategori lain untuk jawapan yang berkait dengan urusan pembelian, pinjaman, dan servis CKT Motor.

Semua kategori
Mira, ejen khidmat pelanggan CKT Motor Mira Online Perlukan bantuan pilih motor atau semak kelayakan loan? Chat dengan kami sekarang. Chat dengan Mira di WhatsApp untuk bantuan memilih motor atau loan