Kategori Soalan Lazim CKT Motor
Soalan Lazim Kaedah Pembayaran
Soalan Lazim Kaedah Pembayaran CKT Motor menghimpunkan jawapan terus kepada soalan yang paling kerap ditanya tentang kaedah pembayaran.
Soalan lazim dalam kategori Kaedah Pembayaran
Apakah kadar dan tempoh ansuran Kad Kredit EPP? +
6 bulan @ 3.6% (Maybank 3.5%), 12 bulan @ 5.1% (Maybank 4.5%), 18 bulan @ 5% (AEON sahaja), 24 bulan @ 7.5% (Maybank 5.5%), 36 bulan @ 9.7% (OCBC, UOB, BSN, HSBC, Standard Chartered & Alliance sahaja)
Adakah Kad Kredit EPP mempunyai caj pemprosesan? +
Ya, ada caj pemprosesan mengikut kadar tempoh ansuran. Caj ini perlu dibayar secara tunai, bank-in, atau TnG dan tidak termasuk dalam harga motosikal.
Berapa lama proses kelulusan Kad Kredit EPP di CKT Motor? +
Biasanya serta-merta selepas transaksi berjaya dan disahkan oleh pihak bank.
Bolehkah Kad Kredit EPP digunakan untuk aksesori atau servis motosikal di CKT Motor? +
Boleh, selagi jumlah pembelian mencapai nilai minimum EPP yang ditetapkan oleh bank.
Adakah Kad Kredit EPP boleh digunakan untuk motosikal baru dan terpakai di CKT Motor? +
Boleh, tertakluk kepada nilai transaksi dan kelulusan bank.
Bolehkah pendaftaran motor dibuat jika pelanggan telah membayar lebih daripada 30% harga jualan? +
Yes.
Adakah harga tunai di atas jalan (on-the-road) termasuk insurans dan cukai jalan? +
Ya, harga atas jalan tersebut merangkumi insurans dan cukai jalan.
Adakah kadar Kad Kredit EPP tetap atau berubah? +
Kadar adalah tetap sepanjang tempoh ansuran.
Bank mana yang menawarkan Kad Kredit EPP 36 bulan di CKT Motor? +
OCBC, UOB, BSN, HSBC, Standard Chartered dan Alliance.
Adakah Maybank menawarkan EPP lebih daripada 24 bulan di CKT Motor? +
Tidak. Maybank hanya menawarkan tempoh sehingga 24 bulan.
Boleh tak waive caj pemprosesan untuk bayaran ansuran kad kredit? +
Caj pemprosesan untuk bayaran ansuran kad kredit tidak boleh dikecualikan (waived). Caj ini ditetapkan oleh agen pedagang (merchant agent) dan bukannya oleh pihak kedai kami, khusus untuk urusan pembayaran menggunakan kaedah Bayaran Ansuran Mudah (EPP).
Pembayaran untuk caj pemprosesan ini perlu dibuat secara berasingan melalui TUNAI atau ONLINE TRANSFER sahaja.
Boleh guna easy payment plan (EPP) by credit card? +
Ya, boleh. CKT Motor terima pelan ansuran 0% Easy Payment Plan (EPP) daripada 14 bank yang menyokong kad kredit tempatan.
Bank mana yang menyokong Kad Kredit EPP? +
EPP diterima daripada 14 bank: AEON, Ambank, RHB, Affin, Citibank, HSBC, Standard Chartered, UOB, OCBC, BSN, Alliance, Bank Islam, Bank Muamalat dan Maybank.
Bolehkah saya guna kad debit untuk Kad Kredit EPP? +
Tidak boleh. EPP hanya untuk kad kredit. Kad debit hanya boleh guna untuk bayaran biasa (bukan ansuran).
Adakah terdapat jumlah minimum untuk layak menggunakan Kad Kredit EPP? +
Ya, setiap bank ada jumlah minimum sendiri untuk aktifkan pelan EPP. Jumlah ini berbeza ikut bank dan tempoh ansuran.
Bolehkah saya pilih tempoh Kad Kredit EPP sendiri? +
Boleh, selagi tempoh tersebut ditawarkan oleh bank kad kredit anda.
Bolehkah saya bayar deposit motosikal menggunakan Kad Kredit EPP? +
Boleh, jika jumlah bayaran memenuhi syarat minimum EPP bank anda.
Bolehkah saya guna Kad Kredit luar negara untuk EPP? +
Tidak boleh. Kad luar negara hanya boleh guna untuk bayaran biasa (bukan EPP) dengan caj 2.2%.
Apa akan berlaku jika saya batalkan Kad Kredit EPP lebih awal? +
Baki ansuran akan ditukar kepada bayaran penuh oleh bank. Anda perlu rujuk bank untuk caj atau penalti.
Berapakah caj pemprosesan untuk EPP kad kredit UOB? +
Caj pemprosesan untuk EPP kad kredit UOB dikenakan secara satu kali (one-time) ke atas jumlah keseluruhan EPP, mengikut tempoh ansuran: * 6 bulan: 3.6% * 12 bulan: 5.1% * 24 bulan: 7.5% * 36 bulan: 9.7%
Boleh bayar separuh cash & separuh guna kad kredit (full payment, bukan EPP)? +
Ya, anda boleh membayar menggunakan gabungan tunai dan kad kredit.
Kalau loan dah lulus, downpayment bayar kat kedai ke atau bank in? +
Pembayaran downpayment boleh dibuat melalui dua cara:
1. **Pindahan Dalam Talian (Online Transfer) / Bank In:** Ini adalah kaedah yang disyorkan, terutamanya bagi pelanggan yang berada jauh dari cawangan atau yang memilih kemudahan pembayaran tanpa perlu hadir secara fizikal. 2. **Walk-in ke Cawangan:** Pelanggan dialu-alukan untuk datang terus ke cawangan kami untuk membuat pembayaran. Kaedah ini sesuai bagi mereka yang berdekatan atau ingin berurusan secara langsung.
Kategori soalan lazim lain
Teroka kategori lain untuk jawapan yang berkait dengan urusan pembelian, pinjaman, dan servis CKT Motor.